Sunday, 18 December 2016

Sumber Ilmu





Credit : Pagar Kehidupan

Tajuk : Motivasi Hidup Sukses - Rahasia Saya dalam Mencapai Target Apapun!


Saturday, 17 December 2016

Gambar Kayu


Credit Picture To Myself (RedzTimber Collection)
Tarikh : 18 Disember 2016




Pulau Cempedak Pahang
uihhh,cantiknya pemandangan ini. Lihat depan mata lebih mengembirakan,TENANG,NYAMAN,MEMPESONAKAN mataku ini.

INI RUPA POKOK YANG BELUM DITEBANG. Disebut POKOK.


Balak Bukit Ibam Pahang
ahaa...Teruja betul lihat balak ini, sungguh menarik,cantik..

INI PULA POKOK YANG TELAH DITEBANG, Disebut BALAK.


Bukit Ibam Pahang

Bukit Ibam Pahang

Sudah jadi kayu lagi cantik KEBABOOMMM! 

BALAK YANG DIBELAH/POTONG MENJADI KEPINGAN. Disebut KAYU atau PAPAN.



Inilah proses daripada BAHAN MENTAH menjadi kepingan KAYU. TAPI !!! Kayu-kayu ini pula akan menghasilkan/dihasilkan menjadi pelbagai bentuk dan fungsi. Kayu banyak kegunaannya.

Pokok dan kayu ini bukan sahaja tertumpu kepada binaan rumah, ia juga digunakan untuk karya seni, perabot,kapal,jambatan dan banyak lagi.




Kayu


Tulisan : RedzTimber
Tarikh : 18 Disember 2016


Kayu ada banyak jenis dan nama, tapi saya biasa dengar nama-nama ini sahaja.

1- MERANTI
2- MERBAU
3- JATI
4- CENGAL
5- BALAU
6- KEMPAS
7- KERUING
8- KELAT
9- RESAK
10- PERAH
11- AKASIA
12- GETAH
13- DURIAN
14- NYATOH

Fungis kayu-kayu ini,saya belum tahu. Teringin nak tahu,kena cari sampai dapat infonya,dan perlu bertanya mereka yang mahir.


Kayu-kayu ini pula mempunyai ukuran.Ada banyak saiz,saya biasa dengar dan lihat saiz ini sahaja.

1- 1/2 x 1
2- 1 x 2
3- 2 x 2
4- 2 x 3
5- 2 x 4

Standard yang saya selalu lihat dan pegang, kayu itu panjangnya 8', 10', 12'.. Ada juga 20', 22' dan 24'.. Apa-apa pun bak kata ayah, tangan sentiasa pegang tape, nampak sahaja kayu, terus ukur PANJANG,LEBAR,TINGGI.

Mahu cepat faham, setiap hari ukur kayu,pegang kayu, lihat kayu.

Setiap jenis kayu ada IRA,WARNA,JALUR,PERMUKAAN,KUALITI yang berbeza-beza.

Ada kayu TAK KETAM, KETAM, TAK MASAK dan MASAK..

Yang biasa saya lihat, kayu KETAM dan TAK KETAM bezanya tak ketam permukaan kasar, yang telah diketam pula, permukaan licin.

Kayu yang MASAK pula, sudah direndam dengan sejenis bahan kimia (selalunya warna HIJAU). Bagi mengelakkan kayu mudah rosak fungus,kulat,anai-anai.

Kayu TAK MASAK ialah kayu yang asal. Tiada rendaman bahan kimia.


Share Ilmu




Sumber : Youtube
Tajuk : Kenapa orang kaya bertambah kaya orang miskin bertambah miskin




Ilmu Dato Aliff Syukri




Sumber : Youtube
Tajuk : Tips untuk mudah jadi kaya dari Dato Aliff Syukri




Ilmu Azizan Osman




Sumber : Youtube
Tajuk : DAO Tips Untuk Ubah Hidup




Friday, 16 December 2016

Ilmu Dr Vida





Sumber : Youtube

Credit : Sinar TV

Tajuk : Dr Vida Kongsi Petua Berjaya