Saturday, 17 December 2016

Kayu


Tulisan : RedzTimber
Tarikh : 18 Disember 2016


Kayu ada banyak jenis dan nama, tapi saya biasa dengar nama-nama ini sahaja.

1- MERANTI
2- MERBAU
3- JATI
4- CENGAL
5- BALAU
6- KEMPAS
7- KERUING
8- KELAT
9- RESAK
10- PERAH
11- AKASIA
12- GETAH
13- DURIAN
14- NYATOH

Fungis kayu-kayu ini,saya belum tahu. Teringin nak tahu,kena cari sampai dapat infonya,dan perlu bertanya mereka yang mahir.


Kayu-kayu ini pula mempunyai ukuran.Ada banyak saiz,saya biasa dengar dan lihat saiz ini sahaja.

1- 1/2 x 1
2- 1 x 2
3- 2 x 2
4- 2 x 3
5- 2 x 4

Standard yang saya selalu lihat dan pegang, kayu itu panjangnya 8', 10', 12'.. Ada juga 20', 22' dan 24'.. Apa-apa pun bak kata ayah, tangan sentiasa pegang tape, nampak sahaja kayu, terus ukur PANJANG,LEBAR,TINGGI.

Mahu cepat faham, setiap hari ukur kayu,pegang kayu, lihat kayu.

Setiap jenis kayu ada IRA,WARNA,JALUR,PERMUKAAN,KUALITI yang berbeza-beza.

Ada kayu TAK KETAM, KETAM, TAK MASAK dan MASAK..

Yang biasa saya lihat, kayu KETAM dan TAK KETAM bezanya tak ketam permukaan kasar, yang telah diketam pula, permukaan licin.

Kayu yang MASAK pula, sudah direndam dengan sejenis bahan kimia (selalunya warna HIJAU). Bagi mengelakkan kayu mudah rosak fungus,kulat,anai-anai.

Kayu TAK MASAK ialah kayu yang asal. Tiada rendaman bahan kimia.


2 comments: